TUGASAN

TUGASAN 1


Tugasan 1: maksud media baru dalam kontek seni digital

Media baru ialah merangkumi dengan kemunculan digital, computer atau jaringan teknologi maklumat dan komunikasi pada akhir abad ke20. Sebahagian besar teknologi yang digambarkan dengan media baru ini ialah teknologi digital. Teknologi digital ini memiliki sifat yang dapat dimanipulasikan , mempunyai jaringan, padat, mampat, interaktif dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Contoh media baru ialah seperti internet, website, blog, facebook, computer, multimedia, permainan computer seperti CD-ROMS dan DVD. Tambahan itu, media baru tidak merangkumi televisyen, filem, majalah, buku atau publisiti yang berasaskan kertas.

MEDIUM DALAM PENGHASILAN MEDIA DIGITAL
2: media digital
Seni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui komputer.
Medium sokong xciment

Kesannya Kepada Industri Penyiaran.
Pada asalnya, peralatan professional bagi audio dan video terdapat distudio rakaman dan dibahagian penyiaran televisyen. Perubahan telah berlaku kepada peralatan tersebut, dimana sistem-sistem yang lebih professional telah digunakan untuk pengeditan movie secara digital.
Maklumat yang terhasil juga disiarkan melalui kaedah penyiaran yang sedia ada seperti kabel, satelit dan antenna. Fenomena ini memungkinkan industri penyiaran ini menjadi penyumbang maklumat (information provider) kepada pengguna melalui rangkaian komputer

Website
DEFINISI & KONSEP WEB

Walaupun sudah menjadi pembicaraan sejak tahun 2004, Web 2.0 bukanlah kata
yang selalu didengar bagi pengguna internet.Terdapat masih banyak pengguna yang
mempersoal maksud dan manfaat daripada penggunaan Web 2.0 , terutama jika
dibandingkan dengan web yang telah diketahui oleh mereka selama ini.
Ketika Web 2.0 disebut sebagai tahap kedua dari perkembangan web yang telah
Ada pada masa ini, muncul kebimbangan  akan ketidakselesaan versi web tersebut
dengan program web browser yang dimiliki oleh pengguna. Walaupun tidak ada satu pun teknologi di samping  pengguna (client) yang perlu di-upgrade supaya dapat untuk dapat mengakses web tersebut. Perkembangan web 2.0 lebih menekankan kepada perubahan cara berfikir dalam menyajikan isi kandungan dan keterampilan dalam sebuah website. Sebahagian besar cara berfikir tersebut diadaptasikan daripada  gabungan  teknologi web yang telah ada pada masa ini
.
Walaupun definisi mengenai Web 2.0 masih belum secara jelas dirumuskan sehingga hari ini, namun, terdapat pihak yang menyatakan bahawa Web 2.0 lebih menekankan kepada social network atau jalinan sosial antara penggunanya seperti yang telah kita lihat selama ini dalam dunia blog. Dengan
adanya RSS di dalam Blog, maklumat-maklumat di dalam sebuah blog mungkin dapat diadaptasi, dikoleksi, dan dikongsi  untuk menjadi sebahagian dari blog yang lain. Namun O’Reilly dan MediaLive International menekankan bahawa Web 2.0
merupakan sebuah platform bagi aplikasi. Mereka mendefinisikan hal ini
sebagai sebuah software yang berjalan melalui media internet dengan bantuan
web browser dan tidak perlu diinstalasi terlebih dahulu seperti perisian-perisian
yang umum yang kita gunakan seharian. Bahkan konsep mengenai
sistem operasi di dalam web juga termasuk di dalam definisi tersebut.

TUGASAN 2

Huraikan tentang sumbangan teknologi apple computer dalam penghasilan karya seni.

Apple computer merupakan komputer ciptaan usahawan dan pencipta yang berbagsa Amerika Syarikat iaitu Steven Paul Jobs.

Apple computer telah memberi banyak sumbangan kepada pengkarya-pengkarya di seluruh dunia untuk menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti. Komputer apple merupakan komputer yang mahal dan tidak berupaya memasuki pasaran utama. Merupakan komputer interpersonal. Komputer ini banyak membantu dalam menyiapkan animasi, filem, permodelan grafik,montaj dan sebagainya. Apple mempunyai kesempurnaan estetik.

Sumbangannya ialah boleh digunakan dalam pembanguan permainan komputer. Selain itu, penggunaan ipod sangat popular pada masa kini. Golongan yang mementingkan aplikasi dan penggunaan yang mudah akan memilih produk keluaran apple. Produk apple mempunyai ciri-ciri yang menarik dan boleh dijadikan bahan unruk digayakan. Misalnya warna yang dikeluarkan adalah menarik untuk menarik golongan anak-anak muda untuk membeli.
Selain itu, komputer apple juga mudah dihidupkan untuk memulakan sesuatu karya seperti animasi dan sebagainya. Ia juga dapat memaparkan teks  dengan lebih jelas dan cepat.Ia juga mempunyai skrin yang besar dan memudahkan pengkarya menghasilkan karya dengan lebih jelas.



 TUGASAN 3


Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta.

Kemajuan dalam teknologi komunikasi yang membawa kepada peningkatan penggunaan internet, telefon mudah alih dan sambungan tanpa wayar  juga disebut sebagai media baru. Selain itu, ia juga memudahkan penyaluran maklumat secara cepat dan bebas.


Di samping itu, kesan penggunaan media baru juga telah menjadikan kawalan pemerintah ke atas penyaluran maklumat menjadi terbatas dan penyebaran ideologi pengabsahan (legitimating ideology) pemerintah juga semakin kurang berkesan.


Sebaliknya, muncul pula aktor-aktor baru masyarakat sivil yang menggunakan teknologi komunikasi untuk menyebarkan idea-idea yang berlawanan dengan ideologi pengabsahan pemerintah dan mempopularkan faham demokrasi dan hak asasi manusia
.

Di samping itu,kesan penngunaan media baru juga telah menyebabkan  pihak pemerintah  mengambil bahagian dalam teknologi komunikasi maklumat untuk meningkatkan populariti. Dalam konteks hubungan antara teknologi komunikasi dan politik demokrasi di Asia
.

Tambahan itu, penggunaan teknologi komunikasi maklumat telah memberi idea kepada pihak  pemerintah untuk mempopularkan idea-idea sebelum ini yang tidak mendapat sambutan. Selain itu, ia juga lebih berkesan jika dibandingkan dengan media yang lain. Misalnya, penggunaan  blog telah digunakan untuk menyampaikan idea-idea
.

Di samping itu, mediaa seperti teknologi komunikasi telah menerapkan kesan dan berjaya memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Perkembangan teknologi yang berkembang telah dijadikan sandaran yang boleh membangunkan masyarakat keseluruhannnya.Selain itu, teknologi komunikasi juga telah menerapkan dan memupukkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia
.

Secara kesimpulannya, teknologi telah membawa manfaat kepada masyarakat. Namun ia juga boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat

.
 
TUGASAN 4
Pilih 2 medium dalam teknologi baru yang paling anda suka yang paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu idea atau karya.

Blog merupakan satu medium yang boleh digunakanuntuk menyampaikan idea dan sesuatu karya seni. Blog merupakan singkatan untuk weblog dalam bahasa Inggeris. Selain itu, blog ialah sebuah laman web yang kemasukkannya ditulis mengikut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. Penggunaan blog mendapat sambutan yang yang memberangsangkan pada masa kini. Tambahan itu, melalui blog sesuatu karya dapat dipaparkan dan orang ramai boleh melawat blog tersebut. Secara tidak langsung, karya tersebut atau sesuatu idea-idea akan dikenali ramai dan menjadi medium yang berkesan untuk menunjukkan sesuatu karya seni dan sesuatu idea.

Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan senibina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.

Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan atau persembahan. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepat dan konsisten antara individu yang berbeza
.
Grafik dikatakan
aklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diternyampai mima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi.sebagai sumber pe

Grafik berkomputer pula merujuk kepada sebarang imej yang dihasilkan menggunakan sebarang jenis komputer (PC, Macintosh, Silicon Graphicsdan sebagainya). Imej berkomputer ini boleh merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang lebih kompleks seperti fractal iaitu imej kompleks yang dihasilkan oleh komputer dari formula atau kod pengaturcaraan yang tertentu.